Bumbung kereta tercabut, kepala pemandu digilis: Nahas akibatkan kesesakan melampau di Puchong sepanjang 10 kilometer
PUCHONG, 13 Sept ― Nahas antara kereta dengan lori mengorbankan pemandunya dan membuatkan lalulintas di lebuh raya sesak sehingga 10 kilometer.
Dua kenderaan itu berlanggar di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini pagi tadi, lapor Sinar Harian.
Harian Metro pula melaporkan penumpang kereta parah dalam kejadian 6 pagi tadi. Sinar Harian menyebut kejadian itu kira-kira 6.40 pagi.
Kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Petaling Jaya ke Putrajaya dikatakan terbabas sebelum merempuh lori tersebut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang menerima panggilan pada jam 6.44 pagi sempat memadam kebakaran kecil di bahagian enjin kereta.
“Mangsa yang juga pemandu kereta terbabit Lim Ji Qin [28 tahun] disahkan maut di lokasi kejadian, manakala rakannya Tan Zi Xuan, 27, parah,” kata penolong pengarah operasinya Mohd Sani Harul.
Pemandu lori itu tidak mengalami kecederaan, tambahnya.
Foto-foto di media sosial menunjukkan Lim cedera parah di kepala, sementara kereta putihnya tertanggal bumbungnya.
Via: Malay Mail
Sumber Bumbung kereta tercabut, kepala pemandu digilis: Nahas akibatkan kesesakan melampau di Puchong sepanjang 10 kilometer
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wX0bVq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment