Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Perlu Berinteraksi Semula Dengan AS – Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Perlu Berinteraksi Semula Dengan AS – Najib


KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengembalikan tahap interaksi dengan Amerika Syarikat, terutama dalam perdagangan, bagi meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata terdapat peluang besar untuk diteroka kedua-dua negara, dan meraih manfaat daripada hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih erat.

“Tahun lepas, dagangan antara kedua-dua negara bernilai hampir US$33 bilion. Walaupun ia meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini, angkanya lebih besar sebelum ini,” kata Najib dalam blognya Najibrazak.com.

Perdana Menteri kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Amerika Syarikat dan mengadakan rundingan dengan Presiden Donald Trumph di Rumah Putih.

Beliau berkata tahun lepas sahaja, syarikat-syarikat Amerika membawa masuk RM5 bilion, atau lebih daripada US$1 bilion, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Amerika katanya merupakan pelabur asing kelima terbesar di negara ini dengan jumlah saham FDI bernilai RM36 bilion atau US$8.5 bilion.

“Kedudukan unik Malaysia sebagai gerbang ke ASEAN yang mempunyai pasaran 625 juta penduduk, dan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau – apabila dimuktamadkan kelak – akan meliputi 50 peratus penduduk dunia dan lebih 30 peratus keluaran dalam negara kasar dunia,’

“Banyak komuniti perniagaan antarabangsa sudah pun mengambil peluang ke atas kedudukan strategik kami, tenaga kerja kami yang muda, bermotovasi dan mahir berbahasa Inggeris selain dasar mesra perniagaan kami yang menarik syarikat,” katanya.

Najib memberikan beberapa contoh termasuk Broadcom Limited, antara syarikat semikonduktor terbesar di dunia, yang ditubuhkan di Amerika, dengan pemodalan pasaran hampir setengah trilion dolar, mahu memindahkan Hab Pengedaran Globalnya ke Malaysia tahun ini.

Dan ada banyak firma dari US yang mengukuhkan kehadiran mereka di Malaysia, katanya.

“Coca-Cola, sebagai contoh, melabur RM1 bilion sejak 2010 dan pada Mac tahun ini, syarikat itu mengumumkan pelaburan tambahan sebanyak RM500 juta untuk meluaskan saiz dan kapasiti pengeluaran kilangnya di Malaysia.

“Saya juga gembira, seperti yang diumumkan sebelum ini, Malaysia Airlines Bhd dan Boeing Aircraft Corporation telah menandatangani Memorandum Persefahaman bernilai US$3.9 bilion, yang meliputi pembukaan kemudahan MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) di Kuala Lumpur dengan kerjasama Malaysia Airlines untuk membuat pengkhususan dalam pesawat Boeing 787, Boeing Max dan Boeing NG.

“Akhirnya, ketika kita meraikan 60 tahun hubungan dagang dua hala yang kukuh antara Malaysia dan US tahun ini, kita juga menunggu pencapaian hubungan yang lebih erat 60 tahun akan datang, dalam banyak bidang, terutama perdagangan dan perniagaan,

Kerajaan bersedia untuk membantu dalam pelbagai cara, dan diharapkan mereka akan datang ke Malaysia tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w7WbBQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.