Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa Pendirian Pakatan Harapan Tentang Pesta Arak? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa Pendirian Pakatan Harapan Tentang Pesta Arak?


KUALA LUMPUR: PAS mencabar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) daripada Pakatan Harapan menyatakan pendirian mereka berhubung penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 (BBF17) di ibu negara pada bulan depan.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, PPBM, PKR dan PAN perlu menyatakan pendirian mereka berhubung pesta arak tersebut memandangkan DAP yang juga daripada pakatan pembangkang tersebut secara lantang mempertahankan penganjuran program tersebut.

“Kami mencabar dan menuntut parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian dan sikap mereka berhubung isu ini.

“Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ sebenar Pakatan Harapan yang tidak berani disanggah sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, kelantangan DAP mempertahankan penganjuran pesta arak atas nama hak asasi bukan sahaja satu kebiadaban, bahkan modal kepada provokasi tipikal parti tersebut yang turut meraikan dan menyertai penganjuran program seperti itu.

Menurut beliau, penganjuran BBF17 pada Oktober depan dilihat sengaja cuba mencabar sensitiviti agama negara ini memandangkan acara tahunan sejak tahun 2012 itu diuar-uarkan sebagai “The Biggest Celebration of the Craft Beer Revolution in Malaysia”.

Kata beliau, pesta arak itu bukan sahaja telah dipromosi iklan secara terbuka, malah dihebah menyediakan hidangan 250 jenis arak keluaran 43 syarikat daripada 12 negara dengan sasaran penyertaan seramai 6,000 pengunjung.

“Dianjurkan pula di premis awam iaitu di White Box & The Square in Publika; pusat membeli belah popular di Dutamas, Kuala Lumpur. Menjadikan seolah-olah Malaysia penganjur utama apabila ibu negara bakal menjadi tumpuan program sedemikian.

“Selaku negara yang meletakkan Islam sebagai agama dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun minum arak hak bukan Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini, namun menjadikan satu penganjuran pesta ke tahap festival tidak seharusnya berlaku di negara ini,” katanya.

Justeru, kata Pemuda PAS meminta kerajaan membatalkan atau menetapkan kawalan tegas terhadap penganjuran program itu walaupun dibantah oleh mana-mana parti politik. – MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xxH05f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.