Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akta Pendidikan Perlu Dipinda Untuk Sekolah Tahfiz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akta Pendidikan Perlu Dipinda Untuk Sekolah Tahfiz

PUTRAJAYA – Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) disyorkan dipinda bagi membolehkan pendaftaran institusi pendidikan Islam swasta termasuk sekolah tahfiz swasta tertakluk di bawah akta itu dengan persetujuan kerajaan-kerajaan negeri.

Cadangan itu adalah langkah proaktif yang dikemukakan dalam mencari jalan terhadap isu-isu berkaitan sekolah tahfiz termasuk isu keselamatan memandangkan pengurusan sekolah-sekolah itu kini berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Syor yang dikemukakan pada Mesyuarat jawatankuasa peringkat tinggi (HLC) mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini melihat keperluan bagi menambah baik Akta 550 untuk penguatkuasaan ke atas sekolah-sekolah tahfiz yang lebih baik.

“Demi kepentingan bersama, saya berharap mereka (kerajaan negeri) bersetuju,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Perdana Putra, hari ini.

Kita prihatin masalah ini biarpun di bawah bidang kuasa negeri tetapi kerajaan pusat ambil kepedulian kerana kita tidak boleh melihat adanya ketidakpedulian oleh maahad tahfiz,” katanya.

Mesyuarat yang mengemukakan beberapa syor untuk isu-isu sekolah tahfiz itu turut dihadiri tujuh menteri kabinet antaranya Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ahmad Zahid berkata Jamil Khir diberi tanggungjawab untuk berhubung dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi membincangkan cadangan itu.

“Kita berhubung dengan kerajaan-kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum kita meminda akta itu,” katanya. -BERNMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ylIug7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.