Alicia Amin beraksi separuh bogel demi perjuang hak wanita
PESERTA program Asia’s Next Top Model (ANTM) musim kelima iaitu Alicia Amin yang beraksi separuh bogel bersedia menerima segala kritikan sejak usianya 16 tahun lagi.
Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 22, berkata dia perlu berani untuk berhadapan dengan setiap cabaran terhadap tindakan dilakukannya.
“Sejak berusia 16 tahun saya sudah berhadapan dengan situasi begini ketika memperjuangkan hak wanita dan pandangan peribadi.
“Kadang-kala industri mengharapkan kesempurnaan, namun kita harus berani mengambil langkah pertama untuk bermula. Sebab itu, saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik dengan apa yang saya miliki,” kata Alicia kepada mStar Online.
Baru-baru ini, Alicia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dikecam teruk di media sosial gara-gara dia tampil bergambar seolah-olah berbogel untuk sebuah laman sesawang bagi menjual pakaian dalam wanita.
Sesi fotografi tepi pantai itu dikatakan diambil di Melbourne, Australia pada tahun 2016 dan Alicia dikatakan menggayakan koleksi Victoria’s Secret
Bagaimanapun, pelakon drama Meh Sandar Lagi ini meminta netizen untuk melihat kebaikan seseorang dan bukan hanya mencari kesalahan.
“Saya berharap netizen mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan.
“Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain.
“Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain,” ujarnya.
Dalam perkembangan karier seninya, Alicia ingin mengambil kelas lakonan untuk memperbaiki kemahiran dalam bidang tersebut.
Model Kacukan Melayu-Jerman ini juga mahu mencabar diri dengan menerima lebih banyak watak dalam bahasa Inggeris dan Melayu.
“Saya berharap dapat mengambil kelas lakonan dan memperbaiki kebolehan dan kemahiran dalam bidang ini.
“Malah, saya teruja untuk belajar dan menyerap semuanya seperti span. Selagi ada peluang yang datang, saya ingin mencabar diri saya dengan lebih banyak watak sama ada dalam bahasa inggeris atau bahasa Melayu,” kata Alicia.
Meh Sandar Lagi terbitan Zeel Production disiarkan setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 malam di TV3.
Sumber: MStar
Sumber Alicia Amin beraksi separuh bogel demi perjuang hak wanita
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vOaLhN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment