Hi! Welcome Back and Stay Tune! Euro Melonjak Menolak Dolar Jatuh, Emas Naik Ke Paras Tertinggi Semalam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Euro Melonjak Menolak Dolar Jatuh, Emas Naik Ke Paras Tertinggi Semalam

Harga emas stabil dan menghampiri semula paras tertinggi setahun lalu, menutup kerugian selepas dolar mengukuh di sesi New York semalam, di samping tumpuan beralih kepada mesyuarat ECB malam ini bagi mencari petunjuk baru tempoh yang bakal diambil untuk keluar daripada kelonggaran polisi sedia ada.

Laporan penetapan kadar faedah bank pusat eropah (ECB) akan diumumkan pada jam 7.45 malam ini, dengan jangkaan tiada perubahan pada kadar, dan fokus lebih tertumpu kepada sidang media Presiden Mario Draghi 45 minit selepas pengumuman tersebut dengan para pelabur akan meneliti tanda-tanda bagaimana ECB akan mula mengurangkan pelonggaran program kuantitatif mereka (QE).

 

Pada Julai yang lalu, pengubal polisi bank pusat Eropah telah mengutarakan kebimbangan terhadap peningkatan euro, dan mungkin akan mengulangi amaran tersebut hari ini. Sebahagian pakar ekonomi menjangkakan bank pusat akan menangguhkan sehingga bulan Oktober depan sebelum mengumumkan pengecilan (tapering) pembelian bon bulanan bernilai €60 billion.

Pasaran hadapan emas di Comex didagangkan pada $1,344.84 setakat jam 6.20 petang, meningkat $5.83 atau 0.44%. Harga kekal di paras tertinggi yang dicapai semalam pada $1,349.70, bersamaan paras pada 9 September tahun yang lalu

Logam berharga kuning jatuh selepas naik tiga hari berturut-turut pada hari Rabu di sesi New York berikutan pasaran tidak menjangkakan penangguhan terhadap kenaikan had hutang Amerika sehingga Disember dengan persetujuan antara Presiden US, Donal Trump dan ketua-ketua kongres yang lain.

Persetujuan kongres yang termasuk pembiayaan bantuan untuk bencana taufan Harvey, dapat mengelakkan pada kegagalan membayar hutang (default debt) kerajaan. Perkembangan yang positif ini juga dilihat dapat mengurangkan kebimbangan terhadap risiko penutupan kerajaan dalam jangka masa terdekat.

Walaupun perhatian terhadap perkembangan risiko di semenanjung Korea berkurangan namun dengan tumpuan beralih kepada ECB telah menekan semula dolar ke paras terendah seminggu lalu dan meningkatkan semula permintaan terhadap aset-aset safe haven termasuk emas.

Matawang euro menguat berbanding dolar dengan EUR/USD meningkat 61 pips atau 0.51% kepada 1.1980.

 

The post Euro Melonjak Menolak Dolar Jatuh, Emas Naik Ke Paras Tertinggi Semalam appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wLJxpk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.