Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Pelupusan Smartphone Yang Betul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Pelupusan Smartphone Yang Betul


Apa yang anda buat dengan smartphone yang dah rosak? Apa lagi, buang saje la kan? Kebanyakan orang tak ambil kisah pun tentang cara untuk melupuskan smartphone dah peranti mudah alih lain seperti tablet, broadband dan lain lain. Semua ini tergolong dalam kategori eWaste.

Saya sendiri pun tak pernah pun terfikir yang sebenarnya ada cara yang lebih baik untuk melupuskan smartphone dengan betul. Rasanya dah beberapa smartphone yang terbuang begitu sahaja. Mengikut statistik, lebih daripada 42 juta peranti mudah alih tidak dilupuskan dengan cara yang betul.

Semua peranti mudah alih ini sebenarnye perlu dilupuskan dengan cara yang betul atas beberapa sebab:
  1. Mengelakkan pencemaran alam
  2. Supaya ianya boleh di 'reuse atau recycle'


Mengelakkan pencemaran alam

Setiap peranti mudah alih mengandungi bahan bahan yang boleh mencemarkan alam. Sebagai contoh, bateri yang terdapat pada peranti ini boleh membebaskan bahan kimia yang boleh membahayakan dan merosakkan alam.  


Reuse dan Recycle

Peranti yang rosak boleh dimanfaatkan semula. Dalam komponen peranti mudah alih terdapat pelbagai jenis logam  yang boleh diekstrak semula dan digunakan untuk membuat benda lain. Ini akan dapat mengurangkan pencarian sumber logam baru yang mana sememangnya semakin hari semakin berkurangan.




Kempen Mobile eWaste

Kempen ini adalah kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Industri Komunikasi Malaysia dan pembekal telekomunikasi (Telco) yang telah membuat kempen Mobile eWaste. Kempen ini bertujuan untuk mendidik pengguna untuk melupuskan telefon pintar dan peranti mudah alih dengan cara yang lebih baik.

Dengan wujudnya kempen ini, premis telekomunikasi terpilih akan menjadi pusat pengumpulan 'eWaste' yang kemudiannya semua akan diproses semula sama ada untuk di reuse atau recycle. 


Setakat ini terdapat lebih kurang 72 premis di seluruh Malaysia yang menyesiakan tong eWaste ini. Kebanyakanya adalah premis cawangan Telco seperti Digi, Celcom, Maxis dan lain-lain.

Jom sama-sama menjayakan kempen mobile ewaste ini dan jadikan dunia kita lebih selamat 😁




✍ Sumber Pautan : ☕ Wikicara.org - Kompilasi Pelbagai Cara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wJ7U8s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.