Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fesyen Rosma bertudung tapi tak tutup dada teruk dikecam netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fesyen Rosma bertudung tapi tak tutup dada teruk dikecam netizen

BEKAS peserta Akedemi Fantasia 1 (AF1), Rosma teruk dihentam oleh para peminat ekoran gambar ketika menghadiri konsert AF Megastar pada Sabtu lalu dilihat tidak sesuai dengan imej bertudung.

Ramai yang beranggapan sebagai wanita yang berhijab, dia tidak sepatutnya muncul dengan pemakaian yang menampakkan susuk tubuh badan dan bertudung pendek yang jelas tidak menutupi bahagian dada.

Bagaimanapun, Rosma tidak berasa kecil hati sama sekali dengan teguran pedas itu tetapi berterima kasih kepada mereka yang memberi teguran tersebut.

Dia menganggap teguran itu sebagai niat baik para peminat untuk mengubahnya ke arah yang lebih baik.

“Saya terima teguran diberikan kepada saya kerana itu tanda orang sayang pada kita.

“Mereka sebenarnya berniat baik dan tidak mahu melihat saya melakukan perkara buruk yang pada akhirnya merugikan saya.

“Saya langsung tak berkecil hati malah gembira ada orang menegur kerana sebagai manusia biasa saya pun kadang-kadang tak perasan kesalahan yang dilakukan,” katanya dilaporkan mStar Online.

Rosma berkata selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pemakaian agar perkara seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Dalam pada itu ditanya tentang penglibatan dalam program AF Megastar, Rosma memberitahu target dia menyertai adalah untuk memberi persembahan yang mampu menarik hati peminatnya.

Tetapi, dia tidak meletakkan apa-apa harapan yang tinggi dan hanya berserah pada rezeki.

“Alhamdulillah setakat ini persiapan menjelang konsert sedang dibuat dan saya tidak mahu terlalu fikir banyak.

“Paling penting saya dapat buat persembahan dengan baik untuk peminat dan selebihnya menyerahkan kepada rezeki,” katanya.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Fesyen Rosma bertudung tapi tak tutup dada teruk dikecam netizen

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wKQ8QE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.