Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bakat besar Mousekeeters Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bakat besar Mousekeeters Malaysia

Kurang lebih 20 minit temu bual dijalankan bersama tujuh remaja ini, sudah cukup membuktikan mengapa mereka dipilih sebagai Mousekeeters Malaysia, berbanding ribuan yang memohon gelaran itu.

Kriteria bakat luar biasa iaitu boleh menyanyi, mengacara, menari dan berlawak, selain keupayaan menguasai dwibahasa, bahasa Inggeris dan Melayu adalah bakat anugerah Tuhan yang hanya dimiliki segelintir insan terpilih.

Tanggungjawab mereka juga besar berbanding remaja yang lain kerana sebagai ‘public figure’ mereka perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada umum dan ini memerlukan mereka matang sebelum usia, sekali gus mengorbankan kehidupan remaja mereka.

“Apa yang kami lakukan dalam program ini khususnya topik menarik setiap minggu semuanya berkaitan dengan remaja.

“Cumanya memang tidak dapat dinafikan pembabitan kami sebagai Mousekeeters dalam Club Mickey Mouse Malaysia ini terutamanya semasa penggambaran setiap episod mengajar kami erti disiplin yang tinggi.

“Di sebalik suasana yang menyeronokkan, ia mengajar kami erti tanggungjawab di mana kami perlu menyelesaikan tugasan setiap episod dengan sebaiknya tanpa membuang masa.

“Setiap kali tiba di lokasi, kami terus dibawa ke bilik solek untuk bersiap, kemudian menukar pakaian dan terus beraksi di hadapan kamera. Tidak seperti sesetengah produksi yang membuatkan kita terpaksa menunggu lama.

“Ketepatan dalam waktu bekerja membuatkan kami semua belajar untuk melakukan persiapan lebih awal misalnya menghafal skrip,” kata Mousekeeters termuda, Dheena, 13.

Selain Dheena, turut menerajui Mousekeeters Malaysia adalah Charis, 26, yang bertindak sebagai ketua pasukan, Erissa, 14, Wafiy, 15, dan Gabriel, 16.

Sementara dua lagi adalah pemenang Club Mickey Mouse Star Search, Faiz, 15, dan Natasya, 14.

Sependapat dengan kenyataan Dheena, Wafiy berkata, disiplin yang diterapkan sepanjang bekerja dengan produksi Club Mickey Mouse membuatkan mereka memanfaatkan setiap waktu yang terluang untuk mengulang kaji pelajaran.

“Saya dan Faiz akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 tahun ini. Tiap kali tiada babak yang membabitkan kami, saya dan Faiz akan mengulang kaji pelajaran berdua. Pihak produksi juga sentiasa memperuntukkan waktu untuk kami menyiapkan kerja sekolah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar merangkap Naib Presiden Rangkaian Media The Walt Disney Asia Tenggara, Amit Malhotra berkata, pihaknya amat berbangga dengan bakat yang dimiliki Mouseketeers Malaysia dan tidak sabar memperkenalkan mereka kepada penonton negara ini.

“Pencapaian semua anggota Mouseketeers Malaysia ini cukup membanggakan dan saya yakin dengan bakat dan kewibawaan mereka, Club Mickey Mouse mampu menjadi program kegemaran seisi keluarga.

“Selain itu, saya turut gembira apabila pihak Disney Channel memilih Malaysia untuk menonjolkan keupayaan dan kreativiti bakat muda tempatan kepada penonton negara ini,” katanya pada sidang media memperkenalkan Mousekeeters dan Club Mickey Mouse yang diadakan di Slate by The Row, Jalan Doraisamy di sini, baru-baru ini.

Rancangan Mickey Mouse Club dimulakan Walt Disney pada 1955 dan berasal dari Amerika Syarikat. Ia melahirkan beberapa nama besar seperti Britney Spears, Justin Timberlake, Christina Aguilera dan Ryan Gosling.

Kini rancangan itu diperbaharui dan diperkenalkan sebagai progam digital pertama Club Mickey Mouse. Di Malaysia, rancangan ini disusun semula menjadi sebuah rancangan kontemporari dan unik di Malaysia bagi menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga menerusi persembahan muzik, komedi, permainan dan penampilan tetamu selebriti.

Antara selebriti undangan termasuklah Nur Fazura, aktor dan penyanyi Fattah Amin dan rapper hip-hop, Joe Flizzow.

Seiring dengan keupayaan digital yang semakin canggih, Club Mickey Mouse akan membawakan pengalaman berbilang platform yang unik untuk memberikan peminat pelbagai cara untuk meraikan minat mereka terhadap Disney.

Selain rancangan aneka ragam melalui Saluran Disney, terdapat juga rancangan 16 episod secara digital berjudul Club Mickey Mouse Extra. Peminat boleh berinteraksi dengan Mouseketeers menerusi media sosial.

Peminat boleh menyaksikan semua kandungan digital ini melalui platform media sosial Saluran Disney (YouTube: YouTube.com/Disney Channel Asia, Facebook: Facebook.com/Disney Channel Asia dan Instagram: http://ift.tt/2eMbQiW) atau melalui Club Mickey Mouse.

Rancangan ini akan bersiaran melalui Saluran Disney (Astro Ch 615) pada Jumaat, 15 September pada jam 1.30 tengah hari. Ia juga turut disediakan menerusi Astro Go dan On Demand. Pelanggan Astro juga boleh menyaksikan siaran pertama Club Mickey Mouse melalui Disney XD (Astro Ch 617) dan Disney Junior (Astro Ch 613) pada masa sama.

The post Bakat besar Mousekeeters Malaysia appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wYuto7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.