DAP Sekadar Berjanji, Tapi Tidak mampu melaksanakan
Berbagai rintihan didengari dari kawasan yang menjadi penguasaan DAP Sarawak selepas PRU13 yang lalu. Rakyat mula menyuarakan apa perlaksanaan yang DAP lakukan pada kawasan.
Sebagai contoh sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) yang lepas, kawasan yang dikuasai oleh DAP seperti Dudong, Maradong, Repok dan Batu Kawa tidak mendapat pembangunan seperti yang dijanjikan DAP. Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP ketika itu dilebelkan sebagai wakil rakyat tidur kerana jarang sekali turun padang mendengar masalah penduduk.
Kini selepas PRN, kawasan tersebut telah dikuasai BN telah mendapat pembelaan sewajarnya. ADUN BN bekerja keras melaksanakan tugas-tugas tidak dilakukan DAP sebelum ini, dan kini ianya dilaksanakan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri melalui Program Tranformasi Luar Bandar (RTP).
Pada PRU13 yang lalu, kawasan DAP turut tidak mampu memenuhi kehendak rakyat kerana DAP pada hakikatnya tidak mampu melaksana kerana hanya berkebolehan sekadar membuat janji.
Kawasan Parlimen dikuasai BN lebih bergerak pantas kehadapan dalam pembangunan kerana Ahli Parlimen BN mempunyai peruntukan Program Pembangunan Kecil Luar Bandar (MRP) yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat.
Beginilah perbezaan ketara BN dan DAP kerana BN pasti melaksanakan pembangunan rakyat seperti yang di janjikan dan bukan seperti DAP yang hanya mampu berjanji tetapi tidak mampu melaksanakan. - A Halim Jantan
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jnRcXz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment