Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua beranak maut, dua cedera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua beranak maut, dua cedera

PEMANDU kereta dan ibunya maut, manakala isteri dan anaknya cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 165 Jalan Johor Bahru-Seremban di Labis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, kejadian tengah hari tadi mengakibatkan pemandu kereta, Hamzah Selamat, 40, dan ibunya, Mokminah Kasdini, 73, meninggal dunia manakala isteri dan anak perempuan mangsa berusia empat tahun cedera.

"Siasatan mendapati kemalangan membabitkan lori dari arah Labis ke Segamat bertembung kenderaan dipandu mangsa dengan keluarganya.

"Pemandu kereta dan ibunya yang juga penumpang di bahagian belakang tersepit akibat pelanggaran itu dan terpaksa dikeluarkan bomba,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu sumber bomba berkata, tujuh anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Labis dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Katanya, operasi ditamatkan pada 1.11 tengah hari dan pegawai operasi masih menunggu maklumat mangsa daripada pegawai penyiasat Balai Polis Tenang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xZghLI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.