Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empat Beradik Bergelar Hajah Pada Usia Muda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empat Beradik Bergelar Hajah Pada Usia Muda


KUCHING: Pada usia 25 tahun, Nur Fadzleena Mohd Najib antara jemaah haji yang bertuah dapat menunaikan rukun Islam kelima itu pada usia muda.

Tambah menarik, Nur Fadzleena menunaikan haji bersama tiga lagi adik-adik perempuannya, Nur Farishya, 18; Nur Fathiah 23 dan Nur Farhana, 21, ibu bapa serta dua bapa saudara bersama isteri masing-masing.

"Apabila dimaklumkan terpilih untuk menunaikan haji sekitar Mei 2017 lalu, saya dan adik-beradik memang rasa sangat bersyukur dapat pergi pada usia agak muda.

Kami pergi 10 orang syukur pergi sebagai keluarga kalau pergi asing-asing susah sebab kita tidak pasti keadaan di sana, kalau satu keluarga boleh bantu-membantu,\" katanya yang tinggal di Jalan Depo, Kuching.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Fadzleena kakitangan swasta yang bertugas di Kuala Lumpur berkata dia mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan untuk menguruskan proses serta menunaikan haji.

"Pengalaman menunaikan haji banyak memberi pengajaran, sangat mengajar untuk saya dan ahli keluarga bersabar.

Di sana banyak masa kita perlu tunggu, beratur serta bertolak ansur. Kita boleh lihat perangai manusia sama ada bersabar atau tidak, mementingkan diri atau tidak. Apa yang saya boleh simpulkan menunaikan haji mengajar saya untuk banyak bersabar,\" katanya.

Ketika ditanya urusan jemaah Malaysia di bawah kendalian Tabung Haji, Nur Fadzleena berkata jemaah negara ini sangat bertuah mempunyai sebuah agensi yang menguruskan secara sistematik.

"Tabung Haji sangat menjaga jemaah Malaysia, mereka beri segala-galanya dari segi maklumat, sentiasa dikemaskini jika berlaku sebarang perubahan.

"Saya lihat jemaah dari negara lain mereka ada menghadapi kesulitan tidak (seperti) jemaah Malaysia di bawah jagaan Tabung Haji. Kalau tidak ada Tabung Haji tidak tahu bagaimana perjalanan menunaikan haji jemaah Malaysia," katanya.

Sementara itu Pengarah Tabung Haji Sarawak Zaiton Mohd Yusoff berkata 156 daripada 1,304 jemaah haji dari Sarawak tiba di KIA hari ini.

Katanya penerbangan terakhir membawa jemaah Sarawak dijangka pada 25 September ini.

"Empat jemaah lelaki meninggal (dunia), seorang di Madinah manakala tiga lagi di Mekah.

Hossain Fauzi, 64, dari Debak meninggal akibat pneumonia, Majidi Sarbini, 64, dari Kota Samarahan (jangkitan kuman), Halim Dawi, 76, dari Kabong (kegagalan jantung) dan Ibrahim Juni, 65, dari Kuching akibat jangkitan kuman,\" katanya.

--BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yaBB0h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.