Gadis Ditahan Disyaki Edar Dadah Di Kuching
KUCHING: Seorang gadis ditahan di sebuah rumah di Kampung Sungai Bedil Besar dekat sini petang semalam.
Dalam serbuan yang dijalankan sekitar jam 3 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching itu menahan gadis tersebut atas maklumat orang awam.
Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, serbuan tersebut dijalankan selepas menerima aduan dari orang awam dan hasil pemeriksaan lanjut di sebuah bilik dalam rumah suspek menjumpai dadah jenis syabu dianggarkan seberat 30.85 gram bernilai mencecah RM5,500 yang disembunyikan di dalam 39 paket kecil di dalam dua plastik lutsinar.
Sehingga berita ini ditulis pihak polis masih dalam usaha mengesan rakan subahat suspek dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau dipenjara seumur hidup dan 10 kali sebatan. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y45D6E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment