HARAPAN SASAR 100,000 DEMO ANTIKLEPTOKRAT
Pakatan Harapan (HARAPAN) menyasarkan 100,000 kehadiran pada Himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang berlangsung 14 Oktober depan.
Pengerusi Mobilisasi HARAPAN, Mohamad Sabu, berkata himpunan itu terbuka kepada semua rakyat dengan memilih baju merah sebagai warna tema.
“Setakat ini terbuka kepada sekalian rakyat tak kira atas apa parti kita rakyat yakin hadir,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, himpunan berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menuntut hak dan wang mereka daripada skandal 1MDB.
Himpunan itu akan berlangsung di Padang Timur Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), bermula dari jam 4 petang hingga 12 malam.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jfzJAC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment