Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPhone X Lebih Mengujakan Berbanding iPhone 8 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPhone X Lebih Mengujakan Berbanding iPhone 8

iPhone X Lebih Mengujakan Berbanding iPhone 8

Iphone X memperkenalkan keadah baru digelar Face ID yang membolehkan pengguna membuka kunci telefon dan mengakses peranti melalui imbasan wajah. (Gambar: Apple.com)

Jika tidak kerana iPhone X, majlis pelancaran iPhone terbaru malam tadi pasti hambar. Bermula dengan pengenalan Apple Watch generasi ketiga, ia kemudian membawa penonton kepada pengenalan beberapa produk Apple lain.

Namun, ketika imej iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dipaparkan layar skrin semalam membuatkan penulis tertanya, dimanakah inovasi Apple. Sejak kemunculan iPhone 6 dan 6 Plus pada 2014, rekaan iPhone seperti tersekat dengan reka bentuk yang hampir serupa.

Malah, boleh dikatakan iPhone 8 kali ini sepatutnya digelar sebagai iPhone 7S/Plus. Rojak Daily Skop! senaraikan maklumat yang anda perlu tahu berhubung pelancarkan tiga model ini.

1. REKA BENTUK

Model iPhone 8 hadir dengan skrin 4.7 inci manakala iPhone 8 Plus bersaiz 5.5 inci dan kedua-dua model terbaru ini dilengkapi skrin Retina HD.

Dari segi binaan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dihasilkan menggunakan bahan kaca pada bahagian hadapan dan belakang. Ia sekali gus membolehkan fungsi pengecasan tanpa wayar diterapkan pada iPhone buat pertama kalinya.  Model iPhone 8 hadir dengan skrin 4.7 inci manakala iPhone 8 Plus bersaiz 5.5 inci. Seperti model sebelumnya, kedua-dua model terbaru ini dilengkapi skrin Retina HD. 

2. KAMERA

iPhone 8 Plus yang dilengkapi dwi kamera pula menggunakan satu lagi sensor f2.8 untuk fungsi zum.

Bagi keupayaan kamera pula, kedua-dua peranti masih menggunakan sensor 12 megapixel (MP) dengan apertur f/1.8 pada kamera utama. Seperti model sebelum ini, ia turut dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS). IPhone 8 Plus yang dilengkapi dwi kamera pula menggunakan satu lagi sensor f2.8 untuk fungsi zum.

3. KELAJUAN

Peranti ini dijana oleh cip pemprosesan Apple terhebat ketika ini dikenali sebagai Apple 11 Bionic. Menurut Apple, cip kali ini akan menjalan tugas 25% lebih laju serta 70 peratus lebih efisyen berbanding A10. Keupayaan grafik juga dipertingkatkan.

Jika melihat ciri di atas, ternyata model iPhone 8 dan 8 Plus bukan keutamaan Apple tahun ini. Malah, ketika pembentangan dibuat oleh pasukan Apple, penjelasan berkaitan iPhone 8/Plus kelihatan seperti agak laju dan tidak terlalu terperinci. 

4. MODEL ISTIMEWA


Bagaimanapun selepas pengumuman iPhone 8/Plus, Apple melakukan kejutan dengan melancarkan iPhone X yang dinantikan peminat iPhone seluruh dunia.  Ternyata khabar angin berkaitan fungsi dan rekaan iPhone X ini tepat.

iPhone X turut digelar sebagai iPhone 10 (Iphone Ten). Peranti ini sebagai simbolik kepada ulangtahun iPhone ke-10 dan dikatakan bakal menentukan masa depan dan hala tuju iPhone seterusnya. Iphone X muncul dengan rekaan skrin penuh dengan kadar bingkai yang nipis secara keseluruhannya.

Hadir dengan saiz 5.8 inci dan buat pertama kalinya ia menggunakan panel jenis OLED atau kini digelar sebagai Super Retina Display. Kadar ketumpatan pixel mencecah 488PPI.

Selepas penggunaan penstabilan imej optikal (OIS) pada kedua-dua lensa Samsung Galaxy Note 8, Apple X juga turut menggunakan kaedah sama. Lensa 12MP f/1.8 dan f/2.4 kini mempunyai OIS berkembar. Kamera pada iPhone kali ini juga berperanan sebagai fungsi Augmented Reality yang membolehkan kandungan maya dimainkan di telefon pintar.

5. SELAMAT TINGGAL BUTANG 'HOME'

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus  dihasilkan menggunakan bahan kaca pada bahagian hadapan dan belakang membolehkan fungsi pengecasan tanpa wayar buat pertama kalinya.

Apple sekali lagi membuat kejutan dengan menghapuskan butang ‘Home’. Kekurangan ini sekali gus menepikan fungsi pengimbas jari atau Touch ID.  Bagi menggantikan fungsi Touch ID, iPhone X memperkenalkan keadah baru digelar Face ID. Fungsi ini membolehkan pengguna membuka kunci telefon dan mengakses peranti melalui imbasan wajah.

Selain kelebihan di atas, spesifikasi Apple iPhone X hampir sama dengan iPhone 8/Plus dan turut menggunakan cip pemprosesan sama iaitu A11 Bionic enam teras. Model iPhone X turut menyokong fungsi kalis air dan pengecasan tanpa wayar. Difahamkan pengguna boleh mengecas iPhone sehingga 50 peratus dalam tempoh 30 minit.

Bagi harga pula, iphone 8/Plus akan dijual bermula  AS$699 (RM2941) manakala iPhone X bermula AS$999 (RM4203). Model iPhone 8/Plus akan dijual di negara terpilih 22 September ini manakala iPhone X dipasarkan pada 3 November depan.



Sumber iPhone X Lebih Mengujakan Berbanding iPhone 8

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f40gQ2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.