Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kempen Untuk Sabotaj 1MDB Bertujuan Kurangkan Keyakinan Pelabur Terhadap Malaysia - Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kempen Untuk Sabotaj 1MDB Bertujuan Kurangkan Keyakinan Pelabur Terhadap Malaysia - Najib



WASHINGTON DC: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberitahu komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat kempen untuk sengaja mensabotaj 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

Berucap pada Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Majlis Makan Malam Perdagangan AS di St Regis Hotel, Perdana Menteri berkata tindakan itu merupakan sebahagian daripada percubaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan sementara menunggu kitaran pilihan raya.

"Saya tahu bahawa sebahagian daripada anda mendengar beberapa cerita yang kurang positif tentang ekonomi Malaysia, terutama mengenai 1MDB.

"Bagaimanapun, saya harus mengingatkan anda bahawa walaupun ada masalah, beberapa ahli politik pembangkang di negara kami memperbesar-besarkannya," kata Najib.

Perdana Menteri berkata daripada menutup isu itu, kerajaan sebaliknya mengarahkan siasatan dijalankan ke atas syarikat itu pada tahap yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara sebelum ini.

Najib berkata beliau mengarahkan supaya syarikat itu dirasionalisasikan apabila nampak jelas syarikat itu gagal. "Ini berjalan lancar dan banyak aset yang dahulunya dimiliki oleh 1MDB kini berkembang maju," katanya.

Najib sebelum ini mengadakan perbincangan dengan Presiden Donald Trump di White House dalam lawatan kerja tiga harinya ke Amerika Syarikat. Beliau menggesa komuniti perniagaan supaya tidak membiarkan suara politik pembangkang mengenai perkara itu mengaburkan realiti sebenar.

Perdana Menteri turut memetik ahli ekonomi Dr Bruce Gale sebagai berkata bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar yang jauh melebihi purata antarabangsa.

"Mungkin saya wajar memberitahu anda bahawa Dr Gale ialah pengarang buku baharu bertajuk 'Economic Reform In Malaysia: The Contribution Of Najibnomics.'

Namun, saya tidak menaja buku itu, saya jamin dan saya sendiri tidak tahu sesuatu yang dipanggil Najibnomics !, " katanya sambil menambah bahawa kemajuan besar telah dibuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia.

"Bagi yang ada di sini dan tidak kenal Malaysia dengan baik: datang dan pasti terkejut. Datang dan lihat firma berteknologi tinggi yang telah berpindah ke negara kami, dan syarikat yang dibangunkan sendiri dalam negara yang kami amat banggakan.

"Datang dan lihat infrastruktur dan rangkaian pengangkutan awam baharu yang kami sedang bangunkan di Malaysia," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri menyaksikan majlis Memorandum Persefahaman antara Malaysia Airlines dan Boeing Aircraft Corporation untuk pembelian pesawat dan penubuhan kemudahan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih di Sepang, berjumlah US $ 3.9 bilion

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y4Ubrx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.