Kerajaan berusaha kekal subsidi haji walaupun sukar
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah Tabung Haji (TH) memberikan subsidi lebih RM10,000 bagi setiap individu adalah perlu walaupun kos pengurusan seperti sewa hotel, makanan dan pengangkutan meningkat sepanjang tahun.
"Ini menjadikan kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah haji di Malaysia antara yang terendah di dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kebangsaan 2017 dan Karnival Gegar Merdeka 10,000 Langkah Jabatan Kesihatan Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil di sini, hari ini.Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi komitmen agar subsidi dikekalkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk menunaikan rukun kelima Islam itu.
Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher.
-- BERNAMA
Sumber Kerajaan berusaha kekal subsidi haji walaupun sukar
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wiwQjF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment