Lelaki menang taruhan RM70 juta, terbesar di Malaysia
Seorang lelaki menghabiskan RM50 untuk membeli taruhan. Tuah menyebelahinya, ahli perniagaan ini menang hampir RM70 juta. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 19 Sept — Seorang lelaki bertuah meraih RM69,637,527.25 apabila nombor taruhannya memenangi loteri Grand Toto 6/63 minggu lalu.
Ahli perniagaan berusia 40 tahun itu, yang tidak dinamakan, diumumkan pemenang terbesar cabutan pada 13 September, lapor portal New Straits Times hari ini.
Pada Rabu lepas, katanya, beliau terperangkap dalam kesesakan jalan raya sewaktu mahu makan malam, lalu mencuba nasib di sebuah kedai Sports Toto.
“Pertama kali saya bermain Lotto, dan membeli RM50 pada Grand Toto 6/63,” katanya, yang telah mengambil hadiah lumayan itu Jumaat lepas.
Walau bertaruh Sports Toto sejak empat tahun lalu, beliau tidak pernah menang. Jadi beliau tidak menyemak cabutannya hingga dimaklumkan oleh rakan.
“Apabila melihat kertas cabutan saya sepadan dengan dua nombor terakhir keputusan, iaitu 52 dan 53, saya agak yakin sayalah pemenangnya,”
* Baca seterusnya di Malay Mail Online.
Sumber Lelaki menang taruhan RM70 juta, terbesar di Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w45aA4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment