Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir Tidak Tahu Dia Seorang Diktator Dan Penindas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir Tidak Tahu Dia Seorang Diktator Dan Penindas

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 20 September 2017

Mahathir dan pembangkang terus menegaskan bahawa Najib adalah seorang diktator dan penindas.

Tetapi marilah kita lihat apa yang berlaku dalam tempoh antara 1999 hingga 2004 semasa Mahathir memerintah dan menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Kami tidak pun bercakap mengenai Ops Lalang yang berlaku sedekad sebelumnya di mana lebih daripada seratus pemimpin pembangkang dan aktivis ditangkap di bawah ISA manakala 4 akhbar utama telah ditutup.

Dalam tempoh 5 tahun sebelum 2004 ini sahaja, Mahathir telah menggunakan ISA, undang-undang paksaan lain dan mahkamah untuk membendung pembangkang.

Ezam Mohamed Nor, Tian Chua, Saari Sungib, Lokman Noor Adam, Dr Badrulamin Bahron, Hishamuddin Rais (dan Raja Petra dan Gobalakrishnan untuk seketika) ditahan di bawah ISA atas tuduhan mengancam keselamatan negara.

Azmin Ali dibawa ke mahkamah dan akhirnya dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana sumpah bohong pada tahun 2001.

Timbalan Ketua Wanita PKR Irene Fernandez juga dibicarakan dan dihukum penjara 12 bulan kerana menerbitkan berita yang didakwa sebagai palsu.

Ezam, ketua Pemuda, yang telah ditahan di bawah ISA, dibawa ke mahkamah atas dakwaan OSA dan kemudiannya dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Guan Eng sudahpun di dalam penjara pada 25 Ogos 1998 - 3 bulan sebelum PRU12. Begitu juga Anwar.

Azmin dan Fernandez, Guan Eng dan Anwar, semuanya diputuskan tidak layak bertanding untuk pilihan raya 2004 berdasarkan alasan sabitan mereka.

Nampaknya Mahathir (dan sekarang Kit Siang) tidak tahu atau sudah mudah lupa.

Lupakan Mahathir yang tidak mempunyai rasa malu atau hipokrasi tetapi untuk Kit Siang, Azmin, Guan Eng, Anwar dan selebihnya untuk melupakan semua ini menunjukkan bahawa mereka adalah lalang dan pembohong yang tidak berprinsip.

----
http://ift.tt/2fA2tjj

Link asal artikel:
http://ift.tt/2gWSgkF


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fzb9q8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.