Masyarakat Kurang Peka Terhadap Kes Sumbang Mahram
Menurut Pengerusi Kumpulan Pemikir Dayak Kuching, Sybestine Gambong, masyarakat sekeliling harus peka terhadap seseorang individu yang menjadi mangsa rogol akan menunjukkan sikap tertentu yang harus diambil perhatian memandangkan kes rogol darah daging berlaku sejak akhir-akhir ini dikalangan masyarakat Sarawak.
Ini kerana melalui kepekaan perubahan sikap individu tersebut akan menyelamatkan mangsa rogol diperlakukan berulang-ulang kali. Kepekaan harus dipertingkatkan agar kes rogol sumbang mahram dapat di benteras.
Pada masa kes berkenaan berkemungkinan berlaku disebabkan rapuhnya intitusi kekeluargaan yang memandang remah isu tersebut dan berharap ketua keluarga berperanan penting bukan sekadar mencari rezeki tetapi membimbing anak-anak secara umum dan berdisiplin.
Peranan masyarakat turut penting supaya mangsa rogol diterima sebaiknya dalam masyarakat agar dapat membantu memulihkan dan membentuk sahsiah diri mangsa.
Secara amnya seorang ketua keluarga atau ayah seharusnya bertanggungjawab menjaga keharmonian serta sahsiah keluarga. Menunjukkan rasa hormat kepada kaum wanita dan menjadi pelindung bukan sebagai ancaman. - A Halim Bujang
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gW03LE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment