Tiang Ditumbangkan, Komponen AES Dicuri
Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuhraya PLUS arah utara berdekatan Pagoh Johor tumbang selepas dirosakkan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris berkata, polis menerima laporan daripada syarikat penyelenggara AES berkenaan sebelum tiba di situ pada 9.35 pagi
"Polis menerima panggilan dari syarikat penyelenggara AES mengatakan kamera mereka di Kilometer 151.4 Lebuhraya PLUS arah Utara dirosakkan.
"Siasatan mendapati tiang ditumbangkan dan komponen AES dicuri dan serpihannya ditinggalkan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kejadian merosakkan kamera AES bukan kali pertama berlaku kerana pada Disember 2012 dua kamera AES yang dipasang di Kilometer 301.5 Lebuhraya PLUS arah Bangi menuju Kajang, Selangor, disembur cat merah, dipercayai perbuatan sabotaj.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gW00zs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment