Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maut Dirempuh Lori Selepas Tergelincir Langgar Tumpahan Minyak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maut Dirempuh Lori Selepas Tergelincir Langgar Tumpahan Minyak


AMPANG: Tergelincir jatuh akibat melanggar tumpahan minyak menjadi punca seorang penunggang motosikal maut apabila dirempuh lori satu tan di Jalan Klang Gate menghala ke Taman Melawati, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Zamri Mat Rani, 48, yang menetap di Kampung Sungai ChinChin, Gombak disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.19 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya enam anggota di lokasi kejadian didapati kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal dan pembonceng.

“Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum jatuh dan dilanggar lori. Bagaimanapun pembonceng yang juga anak lelaki penunggang motosikal berusia 17 tahun terselamat dan hanya patah bahu kanan,” katanya.

Menurutnya, punca kemalangan itu berlaku akibat kesan tumpahan minyak sepanjang 200 meter di laluan itu.

“Anggota bomba segera memberikan bantuan dengan menyimbah air ke atas jalan bagi membersihkan kesan tumpahan minyak di laluan itu.

“Pasukan BBP Setapak turut hadir memberikan bantuan membersihkan minyak di atas jalan,” katanya.

Dia berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Hussin berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xqNMcM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.