Hi! Welcome Back and Stay Tune! Minggu pertama kurang menyengat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Minggu pertama kurang menyengat

Minggu pertama Super Spontan Superstar 2017 yang berlangsung Jumaat lalu boleh dikatakan tidak berapa menjadi kerana ada dalam kalangan peserta yang kabur pada konsep permainan terbabit.

Persembahan itu juga ada kalanya ‘longgar’ disebabkan kebanyakan peserta tidak dapat menghasilkan lawak secara spontan dan ada bahasa yang digunakan tidak difahami penonton membuatkan suasana Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia, Serdang sunyi seketika.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Salleh, pihaknya mengakui ada beberapa peserta masih teragak-agak mengambil bahagian dalam permainan, namun, ada yang berjaya membuktikan kemampuannya meskipun kali pertama menyertai pertandingan itu.

“Jujur kami meletakkan harapan tinggi pada minggu pertama ini kerana kami lihat setiap peserta mempunyai potensi dan keunikan tersendiri.

“Bagaimanapun, ada beberapa permainan perlu dikaji semula kerana ada peserta yang kurang faham dengan konsep permainan. Namun, ada peserta yang berjaya mencuit hati penonton apabila mempamerkan aksi yang hebat dan tidak disangka-sangka,” katanya.

Kata Norzeha, minggu kedua Super Spontan Superstar 2017 bakal memperkenalkan beberapa jenis permainan baru.

“Kami akan melihat balik persembahan minggu pertama untuk memperbaiki permainan minggu kedua. Saya berharap semua peserta dapat menunjukkan prestasi baik pada minggu depan.

“Bermula minggu kedua, kami akan memperkenalkan beberapa jenis permainan baru yang tidak pernah dilakukan dalam program ini bagi menyuntik kelainan dan cabaran kepada pelawak,” katanya.

Persembahan minggu pertama Super Spontan Superstar 2017 minggu lalu menyaksikan tiada penyingkiran peserta daripada kumpulan Tenggiling Taiko dan King Musang Tenggiling Taiko dianggotai Achey (Kapten), Rahim, Sharif, Danial, Shahrol, Mamak, Sharifah Shahira dan Ozlynn. King Musang pula dibarisi Shuib (Kapten), Syuk, Atu, Fikry, Fad, Kamal Adli, Amy Mastura, dan Zulin Aziz.

Amy cabar diri

Menjadi antara peserta yang menonjol dan mempamerkan aksi yang mengujakan pada minggu pertama, penyanyi Amy Mastura mengakui acara ini memberi peluang kepada dirinya mencabar diri untuk memberikan aksi secara spontan dengan lebih baik.

“Sejujurnya, saya tidak yakin menyertai program ini kerana tidak biasa berlawak dengan cara berlawan, kalau setakat lawak sembang-sembang itu sudah biasa.

“Namun, apabila diberi galakan, saya cuba saja dan anggap ini pengalaman baru dalam karier seni,” katanya.

Kata Amy, dia yang dikenali dengan tabiat melatah tidak bimbang apabila program terbabit ditayangkan secara langsung kerana sudah menasihati peserta lain untuk tidak mencuit atau mengejutkannya.

“Rata-rata peserta sudah sedia maklum. Jadi mereka tidak akan mengganggu saya ketika saya membuat persembahan kerana bimbang keluar ayat yang tidak diingini.

“Biarpun melatah, saya tidak melihat ia sebagai halangan untuk menyertai program ini,” katanya.

Sementara itu, pendatang baru, Fikry Ibrahim pula berkata, dia mengakui cuak dan takut apabila perlu bergandingan dengan barisan pelawak senior.

“Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan lancar. Mulanya saya berasa takut untuk menyertai program ini. Namun selepas melalui cabaran pertama, saya semakin selepas apabila mereka memberi kerjasama yang baik untuk memastikan kumpulan kami menang.

“Jujur saya berasa kecil dalam kumpulan itu kerana masih baru untuk memahami konsep persemabahan. Namun, berkat bantuan dan tunjuk ajar serta menyertai aktiviti ‘bootcamp’ yang disediakan, saya mula faham dan akan memberikan persembahan yang lebih baik pada minggu seterusnya,” katanya.

Masih mengekalkan konsep sama, juara kali ini akan membawa pulang RM100,000 berserta trofi. Malah, juara mingguan akan mendermakan RM5,000 kepada badan kebajikan terpilih.

Afdlin Shauki pula selaku pencetus program masih kekal sebagai komentator untuk memberi ulasan ringkas mengenai persembahan setiap peserta dan ditemani selebriti jemputan mingguan.

Saksikan Super Spontan Superstar di saluran Astro Warna dan Mustika HD pada setiap Jumaat, jam 10 malam.

The post Minggu pertama kurang menyengat appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jo5rM3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.