Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nelayan Semporna Terus Terima Manfaat K’jaan BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nelayan Semporna Terus Terima Manfaat K’jaan BN

SEMPORNA – Nelayan di daerah ini terus menerima manfaat daripada kerajaan apabila 923 dripada mereka menerima bantuan elaun sara hidup keseluruhan bernilai RM262,950.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata perkara itu sekali gus membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin terhadap golongan tersebut.

“Dengan bantuan ini para nelayan lebih bersemangat lagi turun ke laut dan menangkap lebih banyak ikan.

“Diharap bantuan ini dihargai dan rakyat terus bersatu memberikan sokongan padu kepada BN yang sentiasa berusaha membawa pembangunan serta kemudahan kepada rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang merasmikan majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan di sini hari ini.

Setiap nelayan menerima antara RM150 sehingga RM300.

Dalam pada itu, Nasir mahu golongan nelayan menitikberatkan aspek keselamatan serta memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan untuk kepentingan bersama.

“Nelayan juga perlu mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa termasuk arahan perintah berkurung,” katanya.

Seorang penerima Mohd Fauzi Ismail, 38, berkata kerajaan BN merupakan kerajaan yang baik kerana meskipun sering dimomokkan dengan kata-kata tidak baik, namun usaha membantu rakyat tetap dilaksanakan.

“Saya menghargai usaha kerajaan membantu nelayan seperti kami kerana dengan elaun yang diberikan setiap bulan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup kami,” katanya.

Ismail Jala, 52, pula menzahirkan rasa terima kasih kepada BN dan berharap elaun itu dari semasa ke semasa dapat diteruskan dan ditambah nilainya untuk kelangsungan hidup. -BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xi6zWA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.