Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyiasat PBB tuntut akses penuh, tanpa batas ke Myanmar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyiasat PBB tuntut akses penuh, tanpa batas ke Myanmar

GENEVA: Penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini berkata, mereka memerlukan akses 'penuh dan tidak terbatas' di Myanmar untuk menyiasat krisis yang berterusan, namun kerajaan negara itu menentang siasatan.

Ketua misi pencari fakta disokong PBB, Marzuki Darusman, memberitahu Majlis Hak Asasi Manusia, adalah penting bagi pihaknya melihat sendiri tapak di mana dakwaan berlakunya pelanggaran sekali gus memohon akses penuh dan tidak terbatas ke Myanmar.

"Ada krisis kemanusiaan dahsyat sedang berlaku yang memerlukan perhatian segera," katanya.

Majlis berkenaan menubuhkan misi pencari fakta pada Mac lalu untuk menyiasat pelanggaran mungkin berlaku di seluruh Myanmar dengan tumpuan khusus terhadap dakwaan jenayah dilakukan ke atas Muslim Rohingya di Rakhine.

Pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi berulang lagi mengecam siasatan PBB sebagai tidak membantu dan berikrar kerajaannya tidak akan bekerjasama dengan mereka.

Hari ini, Suu Kyi memberi ucapan yang disiarkan di seluruh negara berhubung krisis Rohingya, merayu kepada pemantau luar supaya melawat Myanmar dan melihat situasi sendiri dalam ucapan menyasar meredakan kemarahan masyarakat antarabangsa dengan kekejaman diketuai tentera di Rakhine.

Namun, beberapa jam selepas ucapan itu, Duta Myanmar ke PBB, Htin Lynn, menegaskan semula kedudukan kerajaannya untuk enggan campur tangan terhadap resolusi yang menjurus penubuhan misi pencari fakta itu.

"Kami percaya, mewujudkan misi seperti itu tidak membantu tindakan penyelesaian dalam isu yang sudah sedia rumit di Rakhine," kata Htin Lynn kepada majlis PBB.

Marzuki meningkatkan tekanan ke atas Myanmar supaya memberi kebenaran, berhujah, 'adalah menjadi kepentingan kerajaannya dan kepentingan rakyat Myanmar untuk berkongsi pandangan mereka serta bukti secara langsung kepada misi PBB.'

Beliau berkata, pasukannya sudah digerakkan ke Bangladesh di mana lebih 400,000 etnik Rohingya melarikan diri daripada keganasan tentera sejak beberapa minggu lalu.

Penyiasat PBB itu, seorang rakyat Indonesia dan veteran siasatan termasuk laporan buruh paksa di Korea Utara, memberi amaran, Myanmar memiliki 'tanda bahaya' satu krisis yang bertambah buruk.

Beliau merujuk kepada laporan sesetengah majoriti penduduk Buddha Myanmar, menyebar propaganda 'membandingkan Rohingya dengan haiwan perosak.' -AFP



Sumber Penyiasat PBB tuntut akses penuh, tanpa batas ke Myanmar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xjuAg3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.