Polis dedah nama satu daripada dua suspek letupan stesen Parsons Green di London
Berusia 21 tahun, suspek beralamat di Stanwell, Surrey dan gambarnya disiarkan buat pertama kali oleh media Britain sejak suspek ditahan di sebuah kedai ayam goreng di Hounslow pada Sabtu malam.
Seorang lagi suspek berusia 18 tahun ditahan di pelabuhan feri Dover pada Sabtu pagi.
Letupan di stesen kereta api Parsons Green pada Jumaat lepas mengakibatkan 30 orang cedera.Militan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan kali kelima yang berlaku di negara berkenaan sejak enam bulan lepas.
Sebelum ini, insiden letupan berlaku di Westminster, London Bridge dan Finsbury Park serta di konsert Ariana Grande di Manchester yang mengorbankan puluhan nyawa serta mencederakan lebih 150 orang.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wrrEiI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment