Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Pembukaan Pasaran Eropah
Pasaran saham Eropah kehilangan momentum dalam pembukaan pasaran Eropah pada Rabu apabila pasaran ekuiti global juga menunjukkan isyarat perlahan pada Rabu.
Semasa dagangan pagi di Eropah, STOXX 600 susut 0.38% setakat pukul 4.03 petang. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah yang tidak hanya terhad kepada Zon Eropah sahaja.
STOXX 50 iaitu indeks ‘blue chip’ di Eropah pula tidak berubah setakat ini. Indeks DAX30 di Jerman pula susut 0.08% di mana FTSE100 yang lebih banyak terdiri daripada syarikat-syarikat komoditi susut 0.71% setakat ini. CAC40 di Perancis pula naik 0.04%.
Pasaran Wallstreet pada Selasa ditutup lebih tinggi di mana S&P500, Dow Jones dan Nasdaq masing-masing ditutup +0.34%, +0.28%, dan +0.34%.
Manakala pasaran Asia hari ini ditutup bercampur-campur dengan Nikkei naik 0.44%, ASX200 di Australia susut 0.04%, indeks Hang Seng susut 0.38% dan CSI 300 di China naik 0.12%.
Pasaran tukaran matawang pula bergerak stabil pada Rabu dengan pasaran sedang menunggu berita-berita impak tinggi yang akan dikeluarkan bermula hari ini. Ada dua data tumpuan pasaran hari ini iaitu, data pekerjaan UK dan data inflasi (ppi) US.
Selepas mengukuh dua hari berturut-turut, hari ini US dolar agak lemah dengan momentum yang disokong oleh sentimen yang pulih sejak Isnin semakin pudar. Pasaran juga akan menumpukan kepada penetapan polisi monetari Bank of England (BoE) dan Swiss National Bank (SNB) pada Khamis.
Pasaran minyak mentah global ketika ini masih lagi terdedah dengan faktor jumlah bekalan dunia khususnya di Amerika Syarikat. Data inventori EIA akan jadi tumpuan malam ini bagi pedagang-pedagang komoditi hitam.
Emas dan perak juga mendapat sokongan selepas jatuh sejak Isnin. Selepas mencapai paras terendah pada Selasa, emas dilihat mengukuh sejak pembukaan pasaran US semalam dan ketika ini menuju paras pembukaan pada Isnin.
Mahu belajar tentang sentimen pasaran? Klik sini
The post Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Pembukaan Pasaran Eropah appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xxhUDt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment