Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Utama Mula Mengubah Operasi Ke Singapura, Port Klang Bakal Terima Tekanan Besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Utama Mula Mengubah Operasi Ke Singapura, Port Klang Bakal Terima Tekanan Besar

Hari ini, akhbar Straits Times melaporkan, Port Klang yang menjadi hub perkapalan utama di Malaysia bakal menerima tekanan yang besar selepas banyak syarikat-syarikat perkapalan utama mula mengubah operasi mereka ke Singapura, di bawah perjanjiaan bersama yang baru.

Kebanyakkan kerjasama dilakukan bersama Beijing, namun salah satu syarikat terbesar dalam negara dan juga keempat terbesar dunia, Ocean Alliance yang dimiliki oleh China Cosco Shipping telah melakukan perubahan besar dengan menukarkan pusat operasi daripada pelabuhan Klang kepada terminal PSA Singapura sejak April tahun ini.

Perpindahan ini juga meningkatkan kebimbangan terhadap komitment China dalam menyokong industri logistik di Malaysia.

Selain itu, CMA CGM Perancis yang merupakan pesaing terbesar Ocean Alliance, serta Syarikat United Arab Shipping (UASC) turut memindahkan jumlah barangan yang disimpan sebelum ke desitnasi terakhir (transhipment volumes) daripada Port Klang kepada Singapura.

Berdasarkan laporan data daripada pelabuhan Utara dan Barat, selepas kenaikan hampir empat tahun, penghantaran kargo kini jatuh 8.4% untuk suku tahun kedua kepada 3 juta TEU (kontena berukuran 20 kaki).

Akhbar straits times juga melaporkan Port Klang berpontensi untuk mengalami pengurangan sebanyak 2 juta TEU pada unjuran tahunan.

Sumber kerajaan dan industri juga mengatakan syarikat-syarikat China sudah memperuntukkan dan mengambil kelebihan terhadap dua projek (pelabuhan baru di selat Melaka dan East Coast Rail Link ECRL) yang dirancang. Selain itu rancangan pelabuhan di pulau Carey juga kini mempunyai kerjasama dengan rakan kongsi daripada India, dengan nilai pembahagian sebanyak RM100 billion.

Malaysia turut mengatakan jumlah kargo akan meningkat berikutan sambungan yang kukuh di selatan Thaildan dan Sumtara merentasi selat Melaka. Menteri pengangkutan Liow Tiong Lai berkata, “Hanya transshipment volume jatuh, namun jumlah domestik tetap meningkat. Kita melihat perkembangan yang kukuh di Malaysia terutamanya pada pengeluaran ekonomi.”

Beliau turut menambah, “Kita masih berhubung baik dengan Cosco, dan mereka juga yakin dengan Malaysia”, menyifatkan perubahan tersebut hanyalah isu operasi kerja dalaman.

The post Syarikat Utama Mula Mengubah Operasi Ke Singapura, Port Klang Bakal Terima Tekanan Besar appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ePZMti

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.