UPP Kemuka Calon Berpotensi Di Parlimen Sibu & Lanang
Parti Rakyat Bersatu (UPP) mencadangkan calon berpotensi bagi mewakili Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi Parlimen Sibu dan Lanang pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang, demikian kata presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh.
"Seperti kita semua maklum, Perdana Menteri dan Ketua Menteri meminta kami mengemukakan calon berpotensi untuk bertanding pada PRU akan datang.
"Oleh iti, UPP mencadangkan Datuk Andrew Wong dan Andres Ting sebagai calon berpotensi di kawasan Sibu dan Lanang," katanya.
Menurutnya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, kedua-dua calon yang dikemukakan itu masih muda, berkebolehan dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menambah mereka berdua turut bersedia membawa pembangunan di bandar Sibu dan luar bandar Sibu dalam tempoh lima tahun bermula 2018 sehingga 2022 menerusi Rancangan Sibu Pertama (RS1).
"Ini adalah kali peratma dalam sejarah dimana calon-calon berpotensi bercita-cita tinggi dan mempunyai perancangan membangunkan bandar Sibu dan luar bandar Sibu termasuk penduduk Sibu.
"Oleh itu, saya memohon kepada penduduk di kawasan Sibu dan Lanang supaya memberi sokongan padu kepada calon berpotensi ini supaya mereka dapat melaksanakan RS1 dalam tempoh lima tahun untuk faedah semua," ujarnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xjwi19
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment