Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) “Awak Mesti Ambil Wudhu Dan Solat Lima Waktu Sehari. Jika Tidak, Awak Akan Rasa Sedih Dan Allah Tidak Membuka Pintu Hati Awak.”-Keletah Pintar Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Memberi Ceramah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) “Awak Mesti Ambil Wudhu Dan Solat Lima Waktu Sehari. Jika Tidak, Awak Akan Rasa Sedih Dan Allah Tidak Membuka Pintu Hati Awak.”-Keletah Pintar Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Memberi Ceramah..


SELALUNYA kita dengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustazah serta alim ulama. Bagaimana pula kalau si cilik yang memberi tazkirah?


Baru-baru ini tular satu video seorang kanak-kanak perempuan yang memberi nasihat tentang solat lima waktu. Lancar betul celotehnya ya walaupun dalam Bahasa Inggeris.


Keletahnya yang comel itu berjaya mencuri perhatian netizen. Ramai juga yang repostdan berkongsi video ini di laman sosial.


Pesan si cilik yang bernama Alayna ini, umat Islam perlu solat lima waktu sehari. Jika tidak, Allah tidak akan membuka hati kita dan kita akan bersedih.


“Awak mesti ambil wudhu dan solat lima waktu sehari. Jika tidak, awak akan rasa sedih dan Allah tidak membuka pintu hati awak.

“Allah tidak akan meletakkan perkara yang baik dalam hati awak tapi Allah akan letak perkara kurang baik dalam hati awak sebab syaitan akan mengganggu awak jika tidak solat.


“Sebab itu awak mesti solat dan ambil wudhu bila awak nak solat,” katanya.

Disebabkan video pendek itu tular di laman sosial, ibu kepada si cilik yang berasal dari Singapura ini juga ada memuat naik satu video ke laman Facebooknya.


Video berkenaan menunjukkan Alayna berterima kasih kepada sesiapa yang mendengar peringatannya itu. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ini juga ada membacakan Surah Al-Fatihah di akhir video tersebut.

Menurut ibunya, dia tidak menyangka video yang dimuat naik itu akan tular di media sosial kerana video tersebut merupakan pesanan yang diberikan kepadanya.


Menurut ibunya lagi menerusi interview bersama Radio Sinar dalam segmen Sepahtu Sinar, Alayna meminati buku hadis yang dibacakan oleh ibunya.


Bukan ke bagus kalau dari awal lagi anak-anak sekecil ini diberikan pededahan awal tentang agama. Harap-harapnya jadi amalan sampai bila-bila.

Mynewshub


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f4je9x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.