Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Akan Mengumumkan Penawaran Xiaomi Mi A1 Di Malaysia Pada Minggu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Akan Mengumumkan Penawaran Xiaomi Mi A1 Di Malaysia Pada Minggu Ini

Xiaomi Malaysia hari ini melalui laman Facebook rasmi telah mengumumkan yang mana mereka akan berkongsi mengenai penawaran Mi A1 untuk pasaran Malaysia pada minggu ini. Malah, beberapa pengedar tempatan telah mula mengambil pra-tempahan dan mengatakan peranti berkenaan bakal ditawarkan bermula 22 September 2017.

Xiaomi Mi A1 merupakan telefon pintar pertama berasaskan Android One daripada Xiaomi, dan tidak menggunakan MIUI.

Xiaomi Mi A1

Dari segi spesifikasi, Mi A1 hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Untuk sokongan kamera, Xiaomi Mi A1 menggunakan dwi-kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Melalui penggunaan dwi-kamera, ia menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 2x dan juga zoom digital sehingga 10x. Pengguna juga turut boleh menggunakan sokongan rakaman bokeh melaluinya. Pada bahagian atas, Xiaomi Mi A1 turut menawarkan sokongan IR Blaster untuk mengawal peralatan elektronik.

Harga jualan rasmi untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi. Beberapa pengedar telah mula menyenaraikannya, dan meletakkan harga jualan sekitar RM1099 ke RM1199.

Baca : Pandang Pertama Xiaomi Mi A1



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2woxUCX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.