Hi! Welcome Back and Stay Tune! AirAsia lancar wajah baharu travel3Sixty dan travel3Sixty.com - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AirAsia lancar wajah baharu travel3Sixty dan travel3Sixty.com

KUALA LUMPUR: Majalah dalam penerbangan travel3Sixty° tampil dengan wajah baharu bagi isu Oktober 2017 sempena ulang tahunnya yang ke-10.

Majalah yang diterbitkan sejak Ogos 2007 oleh syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia itu kini mempunyai logo, susunan halaman, kandungan serta penjenamaan yang menyeluruh.

Antara halaman baharu yang diperkenalkan termasuk The Hype, Travel Planner, Aperture dan The Client’s List.

Menurut penerbit majalah Datuk Kamaruddin Meranun, wajah baharu ini menjadikan travel3Sixty° lebih kontemporari dan bergaya, sesuai dengan trend terkini dalam industri penerbitan.

“Selain memberikan susun gaya baharu kepada pembaca kami, majalah ini juga membuktikan bahawa ia terus berkembang dan berusaha untuk memenuhi permintaan pembaca kami.

“Ia pada masa sama memberi peluang kepada kami untuk menjadi sebuah penerbitan yang berkualiti yang akan meningkatkan kedudukannya kepada para pembaca,” kata Kamaruddin yang juga Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad ketika majlis pelancaran majalah itu di Fahrenheit88, di sini, pada Jumaat.

Selain menampilkan destinasi-destinasi terkini yang menarik, majalah travel3Sixty° turut memaparkan seni budaya dan warisan masyarakat di serata dunia kepada pembacanya. Ini secara tidak langsung dapat membangkitkan semangat pengembaraan dan memberi inspirasi kepada pembaca untuk merancang percutian impian mereka.

Di majlis sama, majalah itu turut memperkenalkan laman travel3Sixty.com baharu sebagai sebahagian daripada strategi pendigital AirAsia untuk memberi kemudahan kepada pembaca untuk mengakses majalah itu secara dalam talian.

travel3Sixty.com itu dilengkapi dengan ciri transaksi dan mesra peranti mudah alih untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna.

Di samping itu, menerusi laman web berkenaan, pengunjung boleh membuat tempahan aktiviti di destinasi percutian mereka dengan lebih mudah.

“Kami juga percaya sebagai sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia ke arah menjadi syarikat penerbangan digital, ini adalah masa yang tepat untuk memperkenalkan lebih banyak ciri kepada travel3Sixty.com.

“Asia Pasifik mempunyai kadar penembusan mudah alih yang amat tinggi dan kami percaya ciri-ciri baharu ini serta keupayaan untuk menempah aktiviti di mana-mana sahaja adalah penting untuk menjadikan pengalaman tetamu kami lebih mengujakan,” kata Kamarudin.

Tambah Kamarudin, aplikasi mudah alih travel3Sixty.com kini dalam fasa pembangunan dan bakal diperkenalkan menjelang Disember ini.



Sumber AirAsia lancar wajah baharu travel3Sixty dan travel3Sixty.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y4lfd7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.