Kami bantu sebab kasihan, bukan gila seks! - Wakil Dragon76
Wakilnya, Amir Hamzah Abdul Hamid memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang niat serong apabila bertindak mengumpulkan wang RM70,000 untuk membantu Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20.
Apa yang difikirkan mereka adalah mahu membantu atas dasar simpati kepada keluarga Nur Farahanis.
Tambah Amir Hamzah, mereka tidak menafikan kesalahan yang dilakukan Nur Farahanis adalah kesalahan besar dan boleh membawa kesan yang buruk kepada orang ramai, namun pada masa sama mereka percaya dia perlu diberi peluang kedua."Kami faham apa perasaan ibu bapanya. Kita sendiri jika ada anak, tentu bimbang dan sedih.
"Kami bukan nak membenarkan yang salah, tetapi kami kasihankan keluarganya, itu sahaja," kata Amir Hamzah melalui video yang dimuat naik dalam sesi Facebook Live itu.
Amir Hamzah turut menyatakan rasa kesal apabila kumpulan mereka dituduh gila seks hanya kerana membantu individu itu yang secara kebetulan seorang gadis yang cantik.
"Kami tak tahu pun rupa paras dia masa mula-mula nak bantu dia dahulu. Lagipun, anggota kumpulan kami ramai yang dah kahwin, jadi bantuan ini tak ada kena mengena dengan rupa paras," ujarnya.
Nur Farahanis yang merupakan graduan kolej vokasional diarahkan membayar denda sebanyak RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah menjalankan perniagaan pergigian tanpa lesen di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil sejak Januari lalu.
BACA: Kementerian Kesihatan nafi sokong peniaga pendakap gigi palsu
Sumber Kami bantu sebab kasihan, bukan gila seks! - Wakil Dragon76
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2glU7Mv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment