United tidak rindukan Pogba - Mourinho
Pogba tidak dapat beraksi sejak 12 September, selepas mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan Basel dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan Mourinho telah mendedahkan pemain tengah itu terpaksa berehat panjang.
Tetapi United tetap menyerlah tanpa kelibat Pogba, meraih kemenangan 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Crystal Palace menjadi kemenangan yang ketujuh berturut-turut dalam semua kejohanan.
Mourinho berasakan mengeluh mengenai pemain utama yang tidak dapat beraksi bukanlah perbualan utama United."Kami tidak merindui pemain-pemain yang mengalami kecederaan.
"Ia merupakan cara kami berfikir. Mereka mengalami kecederaan, kami tidak memikirkan tentang mereka.
"Ia merupakan peluang untuk pemain lain mengisi kekosonga tersebut untuk membuktikan kebolehan masing-masing.
"Ketika kami terlalu mengeluh mengenai masalah kecederaan pemain-pemain, ia menunjukkan kepada kami seperti mempercayai kepada pemain-pemain lain," kata Mourinho.
United berdepan Liverpool di Anfield selepas aksi perlawanan antarabangsa pada 14 Oktober.
Sumber United tidak rindukan Pogba - Mourinho
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fDsMVl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment