Jenis-jenis baka kucing yang jarang dijumpai di seluruh dunia
Kucing merupakan sejenis haiwan berkaki empat yang comel dan sering dijadikan haiwan peliharaan di seluruh dunia. Gelagat mereka yang sering mencuit hati pemilik mereka membuatkan pemilik mereka sayang akan mereka dan sanggup mengeluarkan banyak perbelanjaan semata-mata untuk memastikan si comel sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan gembira.
Dalam artikel kali ini, Iluminasi ingin berkongsi jenis-jenis baka yang jarang ditemui di seluruh dunia, dan mungkin anda juga tidak pernah tahu tentang kewujudan kucing-kucing ini!
1. Black-footed cat
Black-footed cat atau kucing berkaki hitam merupakan sejenis kucing yang menghuni kawasan di wilayah Afrika Selatan. Kucing ini merupakan salah satu spesies kucing yang terkecil dan merupakan kucing yang terkecil di Afrika. Haiwan ini ebih aktif ketika waktu malam berbanding waktu siang. Hal ini menyebabkan kucing ini lebih sukar ditemui berbanding kucing-kucing yang lain.
2. Rusty-spotted cat
Haiwan ini meruapakan spesies kucing liar yang terkecil di dunia. Spesies ini pernah direkodkan berada di Sri Lanka dan India. Pada tahun 2016, kucing ini juga dilaporkan berada di kawasan barat Nepal. Bilangan mereka semakin berkurangan dan Ia dikategorikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN Red List of Threatened Species.
3. Sand cat
Kucing pasir yang juga dikenali sebagai sand cat ataupun sand dune cat merupakan kucing yang sebahagian besarnya dijumpai di kawasan padang pasir. Kucing ini mempunyai taburan yang meluas dan dipisahkan oleh padang pasir Afrika Utara, Asia Barat, dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002, kucing bersaiz kecil ini telah dikategorikan sebagai spesies terancam oleh IUCN kerana bilangan populasi mereka yang semakin rendah setiap tahun.
4. Geoffroy’s cat
Kucing Geoffroy adalah sejenis kucing yang ditemui berada di kawasan Amerika Selatan. Saiz kucing ini adalah sama dengan saiz kucing domestik biasa, dan Ia mempunyai bnyak tompok-tompok hitam di badannya. Purata berat badannya adalah 2-5 kg, dan yang paling berat pernah direkodkan adalah seberat 7.8kg.
5. Fishing cat
Kucing ini merupakan sejenis kucing liar yang banyak dijumpai di kawasan selatan Asia. Sejak tahun 2016, haiwan ini telah dikategorikan sebagai haiwan yang sangat terancam kerana populasinya menurun dengan mendadak disebabkan habitatnya banyak yang telah musnah. Kucing ini tinggal di kawasan-kawasan seperti pinggir sungai, tasik dan paya. Kucing ini terkenal dengan kemahiran mereka berenang di dalam air untuk memburu ikan.
6. Jaguarundi
Jaguarundi adalah kucing yang banyak ditemui di kawasan Amerika Utara dan Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai jumlah populasi yang besar dan tidak dikategorikan sebagai haiwan yang terancam. Kucing ini memiliki kaki yang pendek, ekor yang panjang dan telinga yang bulat. Mereka lebih aktif pada waktu siang berbanding waktu petang dan malam. Kucing ini mahir memanjat pokok tetapi dan kerap berada di atas pokok untuk berehat.
7. Kodkod
Kodkod adalah sejenis kucing yang memiliki kepala yang kecil, kaki yang besar, dan ekor yang tebal. Kucing ini adalah spesies kucing yang kecil dan purata berat badannya adalah 2-2.5 kg sahaja. Kodkod adalah salah satu kucing yang memiliki kemahiran memanjat pokok yang luar biasa. Mereka memiliki oto yang kuat yang membolehkan mereka memanjat pokok dengan laju dan mudah.
Sumber rujukan :
wikipedia
wikipedia
iheartcats
brightside
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xLh1qF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment