Bingeclock – Laman Menunjukkan Masa Yang Diperlukan Bagi Menonton Siri TV Secara Berterusan
Tabiat menonton TV generasi semasa amat berbeza berbanding lima tahun yang lalu. Pelbagai perkhidmatan penstriman mula ditawarkan di Malaysia seperti Netflix, iFlix, Tonton dan Amazon Prime Video. Menonton siri TV sekali harung dan berterusan kini menjadi kebiasaan. Persoalannya ialah berapakah masa yang diperlukan untuk menonton kesemua episod sebuah siri TV?
Jika ini antara persoalan yang memerlukan jawapan bagi anda, anda boleh melayari laman Bingeclock. Laman ini menyenaraikan masa yang diambil untuk menonton siri TV dan filem. Selepas mengetahui masa yang perlu diambil, lebih mudah untuk anda merancang masa tontonan. Sebagai contoh untuk menonton kesemua episod siri anime Dragon Ball Z, anda perlu menghabiskan 7 hari dan 2 jam. Menonton kesemua 16 musim C.S.I pula akan memerlukan 14 hari dan 9 jam kesemuanya. Selamat menonton.
Layari laman Bingeclock
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xsqZZU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment