7 Anggota polis termasuk ketua balai kantoi berhibur di kelab malam ditukar serta merta
Semua pegawai dan anggota terlibat dalam video pegawai polis berhibur di pusat hiburan di Muar 8 Oktober lalu yang tular di media sosial, ditukar serta-merta.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tindakan itu diambil sementara menunggu tindakan lanjut.
Menurutnya, siasatan tatatertib dijalankan sebaik sahaja maklumat berkaitan video yang tersebar itu, diterima.
“Dalam hal ini, PDRM melihat pelanggaran tatatertib ini tidak boleh dikompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada semua yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Mohd Khalil berkata, semua pegawai dan anggota PDRM perlu akur kepada kehendak intergriti dalam memartabatkan PDRM selaku penguat kuasa undang-undang utama negara.
Sumber: Sinar Harian
Sumber 7 Anggota polis termasuk ketua balai kantoi berhibur di kelab malam ditukar serta merta
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xthKIU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment