Honor 7X Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera Dan Skrin 18:9
Honor hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dengan skrin 18:9, dibawah nama Honor 7X.
Honor 7X menggunakan skrin bersaiz 5.93-inci dengan cip Kirin 659, menggunakan memori 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Honor 7X menggunakan dwi-kamera dibelakang, yang mana mengabungkan kamera 16-megapixel dan 2-megapixel, selain kamera 8-megapixel dihadapan.
Membezakan ia dengan Honor 9i (atau Nova 2i) adalah dimana ia tidak hadir dengan dwi-kamera dihadapan, selain pada bahagian belakang ia menggunakan susunan kamera secara bersebelahan dan bukannya atas-bawah.
Ia juga masih kekal menggunakan port mikro-USB, bateri berkapasiti 3340mAh, selain dilengkapi Android 7.0 Nougat dan EMUI 5.1.
Buat masa ini, ia diumumkan untuk pasaran China. Di China, ia akan dijual bermula 17 Oktober pada harga bermula RMB 1300 iaitu sekitar RM833 mengikut tukaran mata wang semasa.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zgeSku
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment