Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Malaysia Melancarkan Legion Y520/Y720 Tower Dan Legion Y920 – Harga Bermula RM4999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Malaysia Melancarkan Legion Y520/Y720 Tower Dan Legion Y920 – Harga Bermula RM4999

Lenovo Malaysia hari ini telah melancarkan tiga komputer baru dibawah keluarga produk permainan video mereka, Legion. Tiga produk yang diancarkan adalah dua komputer desktop Legion Y520 Tower, dan Legion Y720 Tower, dan juga komputer riba permainan Legion Y920.

Lenovo Legion Gaming Tower ini disasarkan kepada mereka yang inginkan komputer berkuasa untuk memainkan permainan video, tetapi tidak ingin membeli dan memasang komponen secara berasingan.

Lenovo Y520 Tower

Legion Y520 Tower hadir dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i3/i5/i7, serta dengan pilihan kad grafik antara GTX 1060/1050 Ti atau Radeon RX 560.

Lenovo Y720 Tower pula hadir dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i5/i7, selain pilihan kad grafik GTX 1070/1060/1050 Ti.

Lenovo Y720 Tower

Komputer desktop ini turut menawarkan gabungan penggunaan storan SSD dan HDD, selain memori sehingga 32GB. Lenovo turut menyediakan pilihan menaik taraf kepada storan Intel Optane Memory atau PCIe Gen 4 SSD untuk mereka yang inginkan lebih kepantasan.

Di Malaysia, Lenovo Legion Y520 Tower ditawarkan pada harga bermula RM4999, sementara Lenovo Legion Y720 Tower pula ditawarkan pada harga bermula RM7799.

Bersama-sama dengannya juga, pihak Lenovo Malaysia turut mengumumkan Lenovo Legion Y920, sebuah komputer riba permainan pada harga RM12999.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ycVJQm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.