Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tendang muka pengurus kedai, pemandu GrabCar didenda RM1,500 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tendang muka pengurus kedai, pemandu GrabCar didenda RM1,500

Mahkamah Majistret di sini mendenda RM1,500 terhadap Muhammad Rafi Zaidi kerana sengaja menendang muka seorang pengurus kedai aiskrim. ― Foto TodayMahkamah Majistret di sini mendenda RM1,500 terhadap Muhammad Rafi Zaidi kerana sengaja menendang muka seorang pengurus kedai aiskrim. ― Foto TodayKUALA LUMPUR, 11 Okt ― Akibat mencederakan seorang pengurus kedai aiskrim dengan cara menendang muka, seorang pemandu GrabCar didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Rafi Zaidi, 30, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Muhammad Hazmi Rasyid Mohamad, 27, dengan menendang muka lelaki itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Medan Syed Putra Utara, Brickfields di sini pada 5 petang, 21 April lepas, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Dia membayar denda itu.

Muhammad Rafi diwakili  peguam Zulkifli Awang manakala pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin. ― Bernama 



Sumber Tendang muka pengurus kedai, pemandu GrabCar didenda RM1,500

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wMv0IV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.