Mufti: ‘Larian zombie’ tidak rosak akidah tapi merepek
KANGAR, 11 Okt ― “Larian Zombie” yang dianjurkan Sabtu lalu tidak merosakkan akidah peserta namun Islam melarang umat berpakaian pelik, kata mufti Perlis.
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata “acara itu merepek” dan mengesyorkan idea lain dicari untuk menarik lebih penyertaan, lapor Utusan Online.
“Kalau dikaitkan dengan kurafat OK, tetapi tidaklah rosak akidah kerana mereka [wanita] pun masih memakai tudung [menutup aurat],” katanya dalam ceramah.
“Pada saya, tiada kelebihan pun [memakai pakaian menyerupai zombie] dan dalam hal ini, kita mestilah bertindak seperti orang yang matang.”
Mohd Asri mengulas kritikan di media sosial mengenai acara yang dianjurkan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di sini sejauh 5km hujung minggu lalu.
Sumber Mufti: ‘Larian zombie’ tidak rosak akidah tapi merepek
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wMv2Ax
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment