Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pastikan tapak projek sentiasa selamat — Hassan Karim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pastikan tapak projek sentiasa selamat — Hassan Karim

11 OKTOBER — Satu kejadian maut dihempap kren di tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokima (Rapid) di Pengerang, Johor telah dilaporkan.

Dipercayai dua pekerja tapak projek berkenaan meninggal dunia, manakala seorang lagi mengalami kecederaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pihak berkuasa perlu mengkaji semula tatacara operasi piawai (SOP) dan peraturan terhadap pengendali kren mahupun kontraktor tapak pembinaan di negara ini bagi mengelakkan kemalangan berulang.

Ini kerana kejadian dihempap kren sehingga menyebabkan kematian pekerja adalah kejadian yang serius.

Hukuman harus dikenakan kepada mana-mana pengendali kren atau kontraktor juga perlu diperketatkan supaya mereka tidak mengambil mudah mengenai tahap keselamatan.

Pengendali kren tidak kompeten antara faktor yang dilihat menyumbang kepada kekerapan berlakunya kemalangan di tapak pembinaan.

Satu pemeriksaan secara berterusan harus dilakukan oleh pihak berkuasa di setiap kawasan pembinaan dan menyenarai hitam kontraktor yang tidak mematuhi SOP supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Kren yang digunapakai di tapak projek hendaklah diselenggara mengikut keperluan pengeluar dan diuji dari semasa ke semasa oleh individu yang kompeten sebelum digunakan.

Saya sarankan juga pihak berkuasa agar memastikan kontraktor menggunakan khidmat pengendali kren bertauliah, manakala pegawai bertugas di tapak pembinaan juga perlu memeriksa keadaan kren supaya selamat digunakan.

Satu siasatan forensik harus dilakukan untuk membuktikan sekiranya terdapat kecuaian dalam menjalankan tugas serta menentukan punca kemalangan itu.

Arahan berhenti kerja serta-merta terhadap tapak pembinaan ini harus dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) sebagai badan yang bertanggungjawab.

* Hassan Karim adalah pengerusi PKR Johor dan timbalan pengerusi Pakatan Harapan negeri

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat peribadi Malay Mail Online.



Sumber Pastikan tapak projek sentiasa selamat — Hassan Karim

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g1FSMr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.