KJ Yakin Sentuhan Magis TMJ Pulihkan Bola Malaysia
KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan menyeru peminat bola sepak tanah air supaya berfikiran positif dan memberi masa kepada kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diterajui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut berharap FAM supaya terus mara dan tidak mempedulikan suara-suara negatif yang dilemparkan keatas FAM ketika ini.
“Kita mempunyai barisan kepimpinan FAM yang berwibawa dan diterajui oleh Tunku Ismail yang mempunyai rekod yang cemerlang selaku pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT). Kepimpinan FAM baru sahaja dipilih pada 25 Mac lalu.
“Saya harap kita semua memberi masa kepada beliau membina kejayaan bola sepak negara. Saya yakin sentuhan magis beliau yang meletakkan JDT di puncak bola sepak rantau Asia Tenggara dapat juga diberikan kepada bola sepak negara. Syaratnya, kita mesti positif dan memberi sokongan kepada FAM untuk buat apa sahaja yang perlu dibuat, mengubah apa sahaja yang perlu diubah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Khairy Jamaluddin dalam pada itu menyatakan rasa sedih beliau melihat polemik bola sepak negara yang menyerang individu tertentu tanpa usul periksa berhubung prestasi semasa skuad bola sepak negara.
Kata beliau, golongan tersebut memberi tumpuan kepada ayat-ayat gurauan dan bukan kepada intipati sebenar yang serius, yang suka ejek-mengejek dan mencaci-maki.
“Mentaliti tersebut tidak ada pada negara-negara yang berjaya. Apa yang ada pada mereka adalah `positive mindset’ dan `winning mentality'” ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata memahami pelbagai pendapat dan pandangan yang dilemparkan oleh peminat bola sepak tanah air berhubung bola sepak Malaysia dan membuat rumusan seperti berikut:
1) Bola sepak tanah air hanya akan maju apabila wujud pembangunan menyeluruh. Usaha ini sudahpun bermula dengan beberapa perubahan yang digagaskan oleh kepimpinan FAM yang baharu. Antara kejayaan cepat atau ‘quick wins’ yang telah diperolehi adalah kelayakan Pasukan Negara B22 ke pusingan akhir Piala Asia B23, kejayaan Pasukan yang sama merangkul pingat perak di Sukan SEA 2017 dan Pasukan Negara B19 muncul naib juara di kejohanan AFF B19.
2) Generasi baharu sedang dilatih melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dengan DNA permainan yang lebih menarik dan berkesan. Setakat hari ini, NFDP telah melatih 22,575 pemain antara umur 7-17 di bawah 1,025 jurulatih di 126 akademi seluruh negara. NFDP mendapat sokongan padu dari FAM.
3) Walaupun kedudukan pasukan negara jatuh pada ranking FIFA yang terkini, kita perlu melihat kepada jangka sederhana dan panjang dengan kesabaran. Perubahan dan peningkatan tidak datang dengan sekelip mata. Saya sedar kita sudah lama sabar dan menantikan sesuatu, tetapi ingat, kepimpinan FAM baru sahaja dipilih pada 25 Mac lalu.
4) Akhir sekali, kita semua mesti ada mentaliti yang positif. – Mynewshub.cc
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yuPI1E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment