Nafiizwan tarik diri sertai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia
Pemain pilihan kedua kejohanan itu terpaksa menarik diri pada saat akhir akibat cedera lutut kanan susulan insiden tersebut yang berlaku berhampiran rumahnya di Sri Petaling.
Menurutnya, beliau terbabit kemalangan dengan sebuah teksi semasa menunggang motosikal.
"Saya sudah pergi ke klinik untuk pemeriksaan. Tetapi esok saya akan ke ISN (Institut Sukan Negara) untuk pemeriksaan lanjut. Memang sangat kecewa tidak dapat beraksi tetapi perkara sudah jadi," katanya ketika dihubungi Bernama.Mohd Nafiizwan yang menduduki ranking ke-29 dunia itu sepatutnya menentang pemain negara Eain Yow Ng pada perlawanan pusingan pertama petang ini di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.
Tempat beliau diganti pemain 'wild card' Muhammad Addeen Idrakie.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x3Hmwx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment