Ramalan Netizen Tak Lemahkan Semangat Raja Azura
Menerusi laporan Harian Metro, wanita berusia 45 tahun ini berkata dia tidak mahu ambil pusing dengan tanggapan negatif pihak berkenaan terhadap dirinya.
Sebaliknya pengacara dan bekas penyampai radio Sinar FM ini mahu menjadikan pentas program tersebut sebagai tempatnya menimba ilmu sebagai peserta. Sekaligus berharap GV4 mampu membuka rezeki baru buatnya.
"Ada yang kata saya peserta pertama akan tersingkir. Tak kisahlah, saya tak mahu ambil tahu"
"Saya sudah merasa jadi pengacara, pelakon, penyampai radio bahkan pernah menyanyi. Biarlah kali ini saya timba ilmu jadi peserta GV4 pula.
"Apa pun yang mereka akan katakan mengenai pembabitan mahupun persembahan saya nanti, saya tetap positif. Saya sudah biasa dengan situasi itu," katanya.
Selain pengacara, Raja Azura lebih dikenali sebagai pelakon. Sebelum ini dia juga pernah menghasilkan dua album pada 1992 dan 2006 serta dikenali dengan lagu Hati Terkunci dan Dan Daun Pun Berguguran namun karier nyanyiannya kurang menyerlah.
Raja Azura berharap pembabitannya dalam GV4 nanti mampu membuka rezeki baru buatnya.
GV4 bakal bermula 29 Oktober ini. Selain Raja Azura, program tersebut turut menampilkan Elyana, Syura, Aishah, Liza Hanim, Haida, Hazami Lan Kristal, Tia Jinbara, Ferhad, Firman Siagian dan Aqasha.
Sumber Ramalan Netizen Tak Lemahkan Semangat Raja Azura
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yQ76kz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment