"Saya Ada Bertemu TMJ, Kami Hanya Bersembang Mengenai Bola Sepak Kebangsaan".
Susulan itu juga, pemain kebangsaan Bawah 23 Tahun itu memaklumkan bahawa dia ada berjumpa dengan pemilik Kelab Johor Darul Tak'zim (JDT) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada minggu ini.
Menurut laporan mStar Online, belia ada memberitahu bahawa dia ada bertemu TMJ dan kami hanya bersembang lebih kepada mengenai bola sepak kebangsaan.
"Tidak ada pula fasal kontrak tawaran ke sana. Tunku ada juga tanya kontrak saya dengan Kedah. Selebihnya sembang santai.
"Dan ia sebenarnya lebih kepada amaran bahawa mana-mana pemain yang beliau (TMJ) muat naik gambar adalah pemain yang dah habis kontrak yang boleh berbincang dengan mana-mana pasukan," ujarnya kepada mStar Online.
Gambar pemain berusia 22 tahun itu dilhat bersama TMJ yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers.
Jelas Syafiq, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak boleh melarangnya untuk berjumpa dengan sesiapa memandangkan kontraknya akan tamat bulan depan.
"Mengikut peraturan, tiga bulan sebelum kontrak berakhir, pemain boleh berbincang dengan mana-mana pasukan.
"Saya dengan KFA pun sekarang masih lagi berbincang mengenai kontrak baharu. Tetapi agak mengecewakan kerana apa yang saya minta tak dapat.
"Ia berkaitan dengan kenaikan gaji dan sepatutnya ia tidak ada masalah kerana berdasarkan apa yang telah pasukan bagi. Dan perbincangan tersebut belum lagi habis kerana liga belum tamat lagi," luahnya.
Jelas Syafiq, sekiranya memang mendapat tawaran rasmi daripada JDT, dia mungkin tidak akan menolak demi masa depannya.
"Jika fikir masa depan, semua pemain nak pergi sana sebab ia sebuah pasukan yang tidak ada masalah kewangan.
"Saya kena fikir, dalam bola sepak macam-macam boleh jadi. Jadi inilah masa untuk kembangkan karier masa depan kerana kami semua bukan kerja kerajaan yang ada pencen.
"Kita ambil dari sudut positif sahaja. Saya baharu berusia 22 tahun, kalau dua tiga tahun di sana, umur saya baru 25,26 tahun dan peluang saya mencipta nama memang terbuka luas.
"Masa saya panjang lagi. Sebelum ini beberapa pemain kebangsaan yang pergi ke sana ketika usia 27 atau 28. Dan ketika usia inilah yang betul-betul sesuai sebelum usia 30 tahun.
"Sebahagian orang pertikai kalau pergi sana, lingkup kerana kurang bermain. Bagi saya itu tanggapan silap kerana ia sebuah kelab yang lengkap dan profesional dan kita bukan pergi bercuti. Kita berlatih di sana," ujarnya pemain kelahiran balik Pulau, Pulau Pinang ini.
Tambah Syafiq, tidak perlu jadikan perkara ini lebih sulit kerana ia sesuatu yang 'simple'.
"Kalau kita nak jadikan mental teruk, ia akan jadi teruk. Jadi kita ambil positif sahaja," jelasnya.
Dalam masa sama, Syafiq mendedahkan pertemuan dengan TMJ lebih kepada berbincang mengenai skuad kebangsaan.
"TMJ ada beritahu bahawa beliau mahu mulakan ramai pemain muda dalam skuad kebangsaan dan hanya dua tiga orang pemain senior sahaja," katanya. - mStar Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gMkr2L
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment