Sentimen Kelemahan Matawang NZD, Risiko Politik Pada Khamis
Esok akan menjadi penentu perjalanan politik New Zealand di mana First Party akan memilih sama ada akan menyertai Parti Buruh atau Parti Nasional.
Winston Peters pemimpin First Party telah berunding dengan kedua-dua parti sejak minggu lalu di mana beliau menjadi penentu sama ada Parti Nasional akan meneruskan pemerintahan sejak sedekad yang lalu atau pun Buruh akan menjadi kerajaan baru.
Beliau telah memaklumkan keputusan akan dibuat pada Khamis, dan ini menjadi satu lagi risiko politik di New Zealand.
Dolar New Zealand (Kiwi) merekod kejatuhan berbanding US dolar sejak dari awal sesi Asia pada Rabu dan setakat ini susut hampir 60 pip. Kiwi juga dilihat melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain di mana NZD/CHF, NZD/CAD dan NZD/JPY turut merekod kejatuhan.
Laporan data inflasi yang positif pada Selasa tidak sedikit pun menolak Kiwi lebih tinggi walaupun data melebihi jangkaan pasaran. Pasaran ketika ini lebih fokus kepada situasi politik New Zealand dan penting untuk pemain pasaran khususnya pedagang mengetahui apakah fokus pasaran.
“Jika mereka bergabung dengan Parti Buruh, kita boleh jangka Kiwi akan lebih tertekan dengan ketidaktentuan polisi New Zealand,” kata Stuart Ive penganalisis pasaran di OM Financial. Manakala jika mereka menyertai Nasional, kita akan melihat pengukuhan NZD.
The post Sentimen Kelemahan Matawang NZD, Risiko Politik Pada Khamis appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yAvcit
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment