Hi! Welcome Back and Stay Tune! [Video] Aksi lucu Sharifah Sakinah ganggu wartawan tengah buat liputan jadi tular - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[Video] Aksi lucu Sharifah Sakinah ganggu wartawan tengah buat liputan jadi tular

SIKAP humor pelakon Sharifah Sakinah mengusik Nur Asyikin Mayudin ketika wartawan mStar Online itu membuat rakaman menjadi tular di laman sosial.

Perkongsian asal video berdurasi kira-kira satu minit di Instagram @mstaronlineofficial itu dirakam ketika Nur Asyikin membuat liputan pada majlis pertunangan pelakon Elfira Loy dan Sufian Suhaimi pada Jumaat lalu.

Aksi spontan pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu berdiri di belakang wartawan sambil menonton rakaman dibuat mencuit hati netizen.

 

Sakinah yang turut berkongsi video sama di Instagramnya meminta maaf kerana menganggu kerja wartawan berkenaan.

“Dah lah tak pakai baju kurung. Suka buat hal. Sorry kacau @mstaronlineofficial buat kerja. Terima kasih Dafi kerana selamatkan keadaan,” tulisnya.

Setakat ini video tersebut mendapat lebih 400,000 tontonan di Instagram @mstaronlineofficial dan @sharifahsakinah manakala lebih 10,000 kali ulang siar di laman sosial Twitter.

Sementara itu, Nur Asyikin berkata, dia tidak sedar aksi dilakukan pelakon itu ketika sedang membuat ‘stand upper’ semasa majlis berkenaan.

Bagaimanapun kata Nur Asyikin, sedutan video itu tidak disiarkan dalam liputan penuh berita pada majlis itu kerana beberapa kesilapan.

“Saya sedang fokus dan tidak perasan kehadiran Sakinah. Ia disedari selepas penyunting video mStar Online iaitu Tuan Hafis yang membuat suntingan semula sekadar mahu dikongsi dengan pengikut Instagram.

“Tetapi apabila menonton video itu saya tergelak sendiri dengan aksi Sakinah yang sememangnya melucukan.

“Sebab itu kami ambil keputusan untuk berkongsi video itu dengan pembaca mStar Online yang akan terhibur dengan aksi bersahajanya itu,” ujarnya.

Sumber: Mstar



Sumber [Video] Aksi lucu Sharifah Sakinah ganggu wartawan tengah buat liputan jadi tular

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yzAqeX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.