Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC U11+ Melepasi Pengesahan Sirim – Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC U11+ Melepasi Pengesahan Sirim – Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

HTC pada awal bulan ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, HTC U11+. Kini, selang hanya beberapa minggu, ia telah pun melepasi pengesahan Sirim dan dilihat akan ditawarkan oleh Brightstar Malaysia.

HTC U11+ merupakan telefon pintar dengan rekaan nirbingkai dan menggunakan skrin 6-inci dengan nisbah 18:9. Disamping itu, HTC U11+ turut menawarkan sokongan Edge Sense yang membolehkan anda mengawal peranti dengan memicitnya.

HTC U11 Plus+

Dari segi spesifikasi, telefon pintar dengan skrin 6-inci ini menggunakan cip Snapdragon 835, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri berkapasiti 3930mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui. Dengan pengesahan Sirim ini, kita mungkin akan melihat ia diumumkan secara rasmi untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BkYqQr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.