Kami bahagia...
Katanya, mereka bahagia melayari kehidupan sebagai suami isteri sejak dua tahun lalu.
"Saya tidak tahu dari mana gosip ini boleh timbul sampaikan ada kawan datang bertanya sama ada saya dan Ekin sudah berpisah.
"Hakikatnya, hubungan kami baik dan tidak ada masalah. Cerita ini sangat tidak berasas dan memalukan," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran single terbarunya, Teruja, petang tadi.
Pasangan kelahiran Akademi Fantasia 3 (AF3) itu disatukan 26 Disember 2014 di Labuan, Sabah, selepas 9 tahun bercinta.
Rumahtangga mereka tambah bahagia dengan kehadiran anak lelaki, Muhammad Noah, 2.
Kata Yazer, dia dan Ekin kini membesarkan anak mereka di Kota Kinabalu, Sabah.
“Kami memilih untuk tinggal di Sabah kerana banyak mendapat undangan di sini.
“Kehidupan kami cukup bahagia. Kalau lihat di laman Instagram, kami banyak berkongsi gambar bersama dan tiada istilah rumahtangga dilanda masalah atau tidak tinggal sebumbung," katanya.
Sumber Kami bahagia...
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BobKUh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment